• Home
  • Maklumat Terkini
  • Taska & Tadika Temanku
    • Facebook Kami
    • Pengenalan
    • Tentang Kami
    • Carta Organisasi
    • Perkhidmatan & Kemudahan
    • Ciri-Ciri Istimewa Kami
    • Program & Aktiviti
    • Daftar Sekarang!
  • Cawangan Kami
    • Menara PJD (JKR KL)
    • Jabatan Penggalakan Perlancongan Malaysia (JPPM/KPM,Putrajaya)
  • Peluang Pekerjaan
  • Rimba Ilmu
  • Forum

Hari Terbuka Taska Temanku Menara PJD Pejabat JKR Kuala Lumpur

12/21/2011

0 Comments

 
_Hari Terbuka Taska & Tadika Temanku Menara PJD Pejabat JKR Kuala Lumpur
Picture
Hari Terbuka Taska & Tadika Temanku telah dianjurkan pada 18 Disember 2011 di Premis Taska Temanku Menara PJD, Pejabat JKR Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengadakan pertemuan di antara Ibu bapa dan pihak pengurusan Taska bagi membincangkan pencapaian anak mereka, pembentangan aktiviti sepanjang 2011, Laporan Perkhidmatan sepanjang tahun 2011 dan beberapa perkara-perkara berbangkit mengenai sepanjang operasi Taska Temanku sepanjang 2011. Program ini telah dihadiri sebanyak 75 buah keluarga yang rata-ratanya terdiri daripada pelanggan tetap taska & tadika ini.

Picture
Rata-rata ibubapa peserta Taska & Tadika Temanku telah berpuas hati dengan perkhidmatan pihak pengurusan sepanjang tahun 2011. Melalui sesi soal jawab yang diadakan pada hari cuti Ahad kelmarin, banyak perkara-pekara berbangkit dapat dibincangkan dan bakal dilaksanakan demi kebaikan kedua-dua belah pihak diantara ibubapa dan pengurusan taska & tadika. Menurut Pengarah Urusan Taska & Tadika Temanku, En Husen Bin Mohd Yusof Khan, Perjumpaan ini adalah penting bagi merapatkan perhubungan diantara pihak pengurusan taska, guru-guru dan ibubapa. Melalui perjumpaan ini ibubapa akan diberikan taklimat sepenuhnya mengenai pencapaian murid-murid Tadika, perkembangan kanak-kanak taska, isu-isu berbangkit mengenai perkhidmatan dan kemudahan serta beberapa perkara lagi seperti yuran dan sebagainya.

Melalui program ini, ibubapa kanak-kanak Taska & Tadika Temanku dihidangkan dengan persembahan nasyid oleh kanak-kanak Taska berumur 4 hingga 5 tahun. Majlis konvokesyen bagi murid-murid tadika tahun 6 juga diadakan.

Picture
Setelah selesai sesi persembahan nasyid itu tadi, ibubapa pula dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari oleh pihak pengurusan Taska & Tadika Temanku.

Untuk Ke Pautan Album Aktiviti ini Sila Klik Di SINI

0 Comments



Leave a Reply.

    Picture
    Picture

    Taska Temanku

    Selamat Datang ke blog rasmi kami..

    Archives

    December 2011

    Categories

    All
    Menara Pjd
    Pengumuman
    Perlancongan
    Putrajaya

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.